Friday 25 November 2011

dhuyufurrahman

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya aku telah menjadi tetamu-Nya dan telah berjaya menyempurnakan rukun Islam ke lima, iaitu menunaikan haji ke Mekah pada tahun ini 2011 bersamaan 1432 hijrah. Hari ini 26 Nov.2011bemakna aku telah 6 hari berada di bumi kelahiranku di Terengganu, aku sampai di Lapanganterbang Sultan Mahmud pada pagi 20 November 2011 setelah 47 hari berada di Saudi Arabia. Aku berangkat ke Mekah pada 5 oktober 2011 bersama isteri serta 400 jemaah haji KT18 dengan meninggalkan segala kecintaanku kepada anakku Nur Aisyah Humaira, kedua ibubapaku, kakakku, anak-anak saudaraku dan saudara mara dan jiran tertangga serta hartabendaku demi kerana-Mu ya Allah. Hatiku begitu sayu m3endengar laungan azan oleh anak saudaraku faisal dan tanpaku sedari air mata ini mengalir tanpa henti. ya tuhan rintihku betapa agungnya diri-Mu
Alhamdulillah segala cabaran yang ku lalui bersama isteriku Mastura ketika di Madinah, Mekah, Arafah, Muzdalifah dan Mina ku terima dengan sabar kerana setiap ujian Allah SWT harus disertai dengan sabar, seperti maksud firman Allah"sesungguhnya Allah SWT bersama dengan orang-orang yang sabar". dan hanya dengan sabar kita dijanjikan Allah kejayaan. Mudah-mudahan Allah SWT mengurniakan haji Mabrur buat kami berdua. Ya Allah Engkau Maha Hebat, keyakinan dan keimananku pada-Mu makin kuat melihat jutaan manusia menyebut nama-Mu, memuja dan memuji-Mu dan menaruh pengharapan kepada-Mu pada setiap waktu. Mereka menangis di hadapan rumah-Mu. menangis kerana mengagumi-Mu dan menangis kerana menyesali di atas kesilapan hari semalam.Mudah-mudahan Allah menerimaku dan isteriku menjadi hamba-Nya yang soleh dan solehah

Friday 30 September 2011

seruan ilahi

Assalamualaikum w.b.t.Ya Allah, penantianku mengunjungi rumahMu makin dekat. Aku makin hampir dengan rumahMu ya Allah. Debaran makin kuat aku rasa. Adakah perasaan ini baik bagiku atau perlu aku buang jauh-jauh. Bagaimana caranya ingin aku buang perasaan ini.Jiwaku berperang dengan pelbagai perasaan.Kadang-kadang aku rasa takut ke rumahMudan bimbang.Kadang-kadang aku rasa begitu rindu dan ingin cepat sampai ke rumahMU.Engkau telah menjemputku dan Engkau juga menjemput teman hidupku yang sentiasa bersamaku mengharungi hidup ini. Dia akan menemaniku nanti mengunjungi rumahMu .Kekuatan dirinya adalah kerana kekuatan yang ada pada diriku. Dia meminta izin untuk sentiasa memegangku sepanjang masa yang terluang semasa di sana nanti. Aku tahu Allah akan sentiasa memelihara hambanya.Bagaimana dengan perasaan ini yang ada rasa takut dan bimbang? Ya Allah aku hambaMu kuserahkan jiwa dan ragaku hanya padaMu. Tawakalku hanya padaMu. Hanya Engkau mengetahui perasaan ini. Aku berserah padaMu. Ya Allah terimalah ibadat hajiku menjadi haji yang mabrur. Insya Allah.